Pada 25 dan 26 April 2015, program Turun Padang diteruskan lagi di Kelantan. Para felo di bahagiakan kepada dua kumpulan untuk bertemu dengan organisasi dan penduduk tempatan. Kumpulan pertama bertemu dengan Persatuan Siam Kelantan dan Persatuan Hokkien Kelantan. Manakala kumpulan kedua akan mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir di Kuala Krai.
Persatuan Siam Kelantan
Pertemuan bersama wakil Persatuan Siam Kelantan telah membawa gambaran tentang masalah yang mereka hadapi sebagai golongan minoriti di Malaysia. Antara isu yang telah dibangkitkan semasa perbincangan bersama ialah masyarakat siam menuntut hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang berstatus bumiputera. Sebahagian daripada anak-anak mereka mengalami masalah penempatan untuk masuk ke Universiti walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka juga turut mempersoalkan status bumiputera yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Hal ini kerana, mereka tidak mendapat hak mereka sebagai bumiputera di sini. Selain itu, masih ada segelintir daripada mereka yang sudah puluhan tahun menetap di Kelantan tetapi masih belum mendapat status kewarganegaraan Malaysia. Kesannya, masyarakat Siam sukar untuk memasuki sekolah kebangsaan, tidak boleh membeli tanah dan tidak boleh mengundi untuk pilihan raya umum.Wakil masyarakat Siam menyatakan harapan beliau agar kerajaan dapat memberi hak dan layanan yang baik kepada mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Beliau melihat dari sudut perpaduan antara masyarakat siam dan bangsa lain, tidak mempunyai masalah malah sering bekerjasama dengan masyarakat melayu Kelantan walaupun berlainan agama.
Persatuan Hokkien Kelantan
Felo turut mengadakan pertemuan bersama wakil Persatuan Hokkien Kelantan. Masyarakat Hokkien Kelantan merupakan golongan minoriti di Kelantan yang lebih fokus kepada aktiviti ekonomi dan peniagaan di sana. Antara aktiviti yang sering di anjurkan oleh Persatuan Hokkien dalam membina perpaduan antara kaum lain termasuklah majlis sambutan perayaan berbilang bangsa dan aktiviti kemasyarakatan. Wakil persatuan Hokkien Kelantan menyuarakan beberapa kekangan yang di hadapi oleh mereka dalam aktiviti ekonomi antaranya ialah isu mewajibkan pekerja perempuan memakai tudung ketika berniaga. Jika perkerja mereka tidak menutup aurat, majikan akan di saman tetapi tidak pada pekerja itu sendiri. Mereka berpendapat soal menutup aurat itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa atas majikan kepada pekerja mereka. Selain itu, isu hudud turut dibincangkan dan penerimaan masyarakat bukan islam terhadap isu hudud. Menariknya masyarakat Kelantan dalam membina perpaduan sesama mereka adalah dengan asimilasi golongan minoriti kepada satu, masyrakat Kelantan yang berbahasa Kelantan dan budaya pemakaian yang sama.
Lawatan mangsa banjir
Sebahagian felo berkesempatan melawat mangsa banjir di Tangga Krai dan Kg. Keluat, Kuala Krai dan menemuramah penduduk sekitar kawasan tersebut mengenai pengalaman mereka menghadapi banjir besar di akhir Disember 2014. Rumah pertama yang dilawati ialah kediaman Kak Su. Sangat menyedihkan apabila mendengar cerita dan melihat keadaan rumah serta rumah jiran-jiran yang lain. Rumah mereka tenggelam sepenuhnya dan terdapat juga kerosakan yang besar keatas fizikal rumah mangsa. Seterusnya, para felo menaiki bot dan menyeberang Sungai Kelantan untuk ke Kg Keluat yang secara kasar boleh dikatakan hampir musnah kesulurahan kampung tersebut. Antara perkara yang ditanya pengalaman mereka untuk terus hidup apabila bekalan makanan terputus selama beberapa hari dan bagaimana proses menyelamatkan dilakukan. Para felo juga sempat bertanya mengenai bantuan selepas banjir dan pelan pembangunan semula kepada penduduk kampung. Ada yang menyatakan mereka mendapat bantuan yang banyak terutama sekali daripada Badan Bukan Kerajaan, NGO dalam negara dan luar negara manakal mengenai penempatan kekal, ada yang menyatakan sudah dimaklumkan manakala ada yang masih tidak dimaklumkan apa-apa mengenai pelan tersebut.
Pada sebelah malam, Para felo mengadakan perbincangan bersama wakil pemimpin tempatan, Tuan Haji Annual Bakri Haron, setiausaha bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dan En. Lim Guan Seng, berkhidmat di bahagian Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan. Banyak perkara telah dibincangkan sepanjang pertemuan ini, antaranya, isu hudud di Kelantan, pembalakan, pembangunan di Kelantan dan kewujudan golongan UG atau kerajaan perpaduan di dalam PAS.
Pada keesokkan pagi pula, felo mengadakan lawatan ke Sri WarisanPusaka, kumpulan Wayang Kulit di Machang. Felo telah di bawa berjumpa dengan Abang Rahman dan Kak Adilah untuk mengetahui sejarah dan perkembangan wayang kulit di Kelantan.