Sesi bengkel ketiga kali ini berkenaan isu-isu sosio-ekonomi di Malaysia yang telah diadakan di Terengganu pada 16 Mei 2015. Pada sesi kali ini, IDEAS telah menjemput Dr. Muhammed Abdul Khalid, Pengarah di Khazanah Research Institute yang juga penulis buku “The Colour of Inequality” untuk berkongsi pandangan mengenai dasar-dasar ekonomi negara dan keadaan ekonomi Malaysia kini dan bagaimana isu ekonomi menyumbang kearah perpaduan nasional.
Dalam sesi ini, para felo didedahkan dengan Dasar Ekonomi Baru iaitu antara polisi utama yang diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB ini secara tidak langsung membantu perpaduan di kalangan kaum pada masa itu dalam usaha utama DEB untuk membasmi kemiskinan.
Selepas tempoh DEB tamat, Dr. Muhammed menyatakan rakyat Malaysia telah mengalami satu masalah ekonomi yang lain iaitu jurang ekonomi yang terlalu tinggi antara yang kaya dan miskin. Ia bukan sahaja berlaku diantara kaum-kaum berbeza tetapi termasuk didalam kaum itu sendiri. Contohnya, jurang ekonomi antara orang Melayu semakin melebar dan begitu juga di kalangan kaum-kaum lain. Antara yang menarik perhatian adalah berkenaan pasaran buruh yang tidak seimbang antara kaum, masalah ekonomi Semenanjung dan Sabah Sarawak dan isu kemiskinan relatif yang semakin serius.
Sesi ini memberi sudut pandang yang berbeza mengenai peranan ekonomi dalam membentuk masyarakat yang adil dan bersatu dalam masa yang sama menjelaskan beberapa mitos-mitos mengenai isu ekonomi di Malaysia.
Sejurus selepas sesi bersama Dr Muhammed, para felo telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk sesi Turun Padang iaitu satu kumpulan di perkampungan nelayan Kampung Losong dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Terengganu di Pasar Payang.
Dalam sesi bersama di perkampungan nelayan Kampung Losong, para felo disambut oleh bekas Presiden Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Terengganu iaitu Encik Hassan. Beliau telah berkhidmat selama 40 tahun dalan persatuan nelayan ini dan berkongsi cerita serba sedikit mengenai kehidupan nelayan termasuk masalah ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Hampir keseluruhan penduduk kampung tersebut berkerja sebagai nelayan dan itulah mata pencarian rezeki mereka.
Antara masalah yang dikongsikan adalah mengenai ancaman daripada pengusaha-pengusaha bot besar yang datangnya daripada negara jiran yang masuk ke perairan Malaysia dan mengaut hasil tangkapan di sini dan didaratkan di negara mereka sendiri. Penggunaan pukat harimau oleh sesetengah pengusaha bot-bot besar juga telah mengurangkan hasil tangkapan nelayan-nelayan kecil dan dalam masa yang sama telah membahayakan hidupan laut. Beliau juga memberitahu bahawa pukat ini telah diharamkan di negara-negara lain namun di sini, beliau menyatakan kurangnya penguatkuasaan untuk menghalang perkara ini berlaku. Ini sekaligus menjejaskan hasil tangkapan mereka.
Encik Hassan turut menceritakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pusat terhadap nelayan untuk memastikan nelayan di Terengganu terus dibela. Namun, beliau mengakui bahawa terdapat masalah besar mengenai pelaksanaan walaupun polisi untuk membela nelayan telah disediakan.
Kumpulan kedua felo telah dibawa berjumpa dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Terengganu Pasar Payang. Perjumpaan diadakan bersama dengan Setiausaha Persatuan iaitu En.Ibrahim Jusoh (61 tahun) dan En.Rozid bin Jusoh. En. Ibrahim merupakan bekas Ahli Majlis di Kuala Terengganu dan telah berniaga di Pasar Payang selama 48 tahun dengan menjual kuih-muih manakala Rozid adalah seorang bekas kakitangan kerajaan dan pernah berkhidmat di Morocco selama 15 tahun.
Sejarah penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu komuniti orang Melayu yang duduk di Kuala Terengganu khususnya di sekitar Pasar Payang. Persatuan ini telah didaftarkan pada tahun 1998 di bawah Registry of Organisation (ROS). Ia tertubuh kerana kesedaran bahawa perlunya orang Melayu untuk berniaga demi kepentingan kebajikan mereka.
Apabila diajukan soalan berkenaan dengan isu-isu perpaduan nasional, mereka mengakui tiada masalah perpaduan diantara ahli persatuan atau dalam persatuan itu sendiri. Hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain sangat akrab dan rapat. Hal ini dibuktikan apabila Persatuan ini telah bersama-sama dengan penjaja-penjaja bukan Melayu untuk membantah pembinaan hotel lima bintang yang mahu didirikan di tapak Pasar Payang yang akhirnya dibatalkan.
Di dalam isu perpaduan nasional juga, mereka berpandangan bahawa sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin membawa isu perpaduan, pihak tersebut perlulah jujur dan ikhlas terhadap perpaduan. Ini termasuklah tindakan yang ingin dilakukan di peringkat nasional.
Selepas pulang dari sesi turun padang dan makan malam, para felo bertemu dengan Dr Nazli, pensyarah kanan di Universiti Malaysia Terengganu, UMT untuk berbincang serba sedikit mengenai latar belakang ekonomi, politik dan isu-isu semasa yang berlaku di Terengganu. Dr Nazli yang juga merupakan anak jati Marang turut berkongsi pandangannya mengenai parti PAS dan pengaruhnya di Terengganu.
Selepas sesi bersama Dr Nazli, para felo berkesempatan untuk melihat bagaimana ceramah politik diadakan dengan menghadiri satu ceramah Parti PAS iaitu salah satu parti politik berpengaruh di bumi Terengganu ini dengan tajuk “Masa Depan Ummah”.
Keesokannya kami para felo melakukan sesi berkongsi mengenai keseluruhan sesi di Terengganu dan berbincang mengenai Konferens Perpaduan Nasional yang akan diadakan. Kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas makan tengah hari.